Koordinat:
42°21′55″N 10°55′17″E / 42.365347°N 10.921400°E / 42.365347; 10.921400Bencana Costa Concordia terjadi ketika
kapal pesiar Itali
Costa Concordia[p 1] melanggar terumbu karang dan terbalik pada 13hb Januari 2012 di lepas pantai Itali. Kapal ini kandas di
Isola del Giglio, Itali, yang mengakibatkan 4,232 orang dipindahkan dari kapal.
[3] Meski laporan awal menyatakan sedikitnya enam orang tewas,
[4] jumlah kematian akhir ialah 32 orang, dengan dua daripadanya orang masih hilang dan dianggap mati.
[2] 64 lainnya terluka (tiga luka parah).
[5][6][7]Kapal ini dalam peringkat pertama pelayaran mengelilingi Laut Mediterranean, bermula dari
Civitavecchia di
Lazio, apabila ia terlanggar terumbu semasa memberi hormat berhampiran pesisir tidak rasmi kepada penduduk pulau.
Kapten Francesco Schettino telah melencong daripada laluan janaan-komputer untuk memberi hormat tersebut. Kapten dan
pegawai pertama telah ditahan atas dakwaan kecelakaan tanpa sengaja setelah berlayar dekat dengan pesisir pada jarak yang tidak diizinkan;
[8][9][10] Kapten Schettino juga didakwa gagal membantu 300 penumpang, dan kerana bukan merupakan orang terakhir meninggalkan kapal.
[11]Costa Concordia mulai beroperasi pada Julai 2006 dan merupakan kapal terbesar yang dibangun di Itali pada masa pembangunannya dengan nilai €450 juta, tanan kasar 114,137
GT dan panjang 290.2 meter (952 ka). Bencana ekologi dapat dielakkan apabila semua minyak dan bahan bakar dapat dikeluarkan pada 24 Mac 2012. Costa Concordia telah diisytiharkan "
kerugian menyeluruh konstruktif" oleh syarikat insurans, dengan
penyelamatannya dianggap sebagai operasi terbesar sepertinya.
[12][13] Pada 16 September 2013,
salvaj punggah guling kapal ini bermula.
[14] Ia bermula agak lambat disebabkan faktor cuaca,
[15] dan bangkai itu hanya berjaya ditegakkan pada awal pagi 17 September.
[16] Seterusya ia akan diapungkan semula dan ditunda untuk dipotong menjadi sekerap.
[17]